Pemuda, Belia PBB N.58 Balingian anjur program gunting rambut percuma

BALINGIAN: Pergerakan Pemuda dan Sayap Belia Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.58 Balingian mengadakan program gunting rambut percuma kepada seramai 457 pelajar sekolah, di sini, semalam.

Program On-The-Go (OTG) Back To School N58 Grunting Rambut Percuma terbabit melibatkan seramai 16 tukang gunting rambut yang bermula jam 8 pagi dan dipecahkan kepada tujuh zon.

Zon terbabit ialah di Dewan Serbaguna Kg. Sau Mukah, Dewan Serbaguna Kg. Teh Mukah, Balairaya Kg. Sg. Alo, Balairaya Kg. Tutus Hilir, Dewan Serbaguna Kg. Jebungan, SK. Sg. Liok, dan Balairaya Kg. Pulat.

Ketua Pergerakan Pemuda PBB N.58 Balingian, Kr. Ardyman Henry Matan berkata, program ini bagi mengurangkan beban keluarga pelajar yang akan kembali ke sekolah.

Manakala Ahli Jawatankuasa Cawangan Pergerakan Pemuda PBB N.58 Balingian, Mohamad Azrozain Latip berterima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi kerana menyokong dan melancarkan lagi perjalanan program ini.

Turut hadir, Setiausaha Pergerakan Pemuda PBB Cawangan N.58 Balingian merangkap Ketua Penyelaras program, Hafizzul Abdul Halim, Timbalan Pengerusi Sayap Belia PBB N.58 Balingian, Mohd Tarmizi Karnain, Sayap Belia PBB N.58 Balingian, Ambrose Wendando Raymund dan Tr. Boney Kinsun.