Pendidikan bantu tingkatkan kehidupan rakyat

BINTULU: Kerajaan telah melakukan yang terbaik untuk memberi pendidikan berkualiti kepada generasi muda termasuk di luar bandar.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom berkata, berikutan itu adalah menjadi tanggungjawab
ibu bapa di luar bandar
memberi motivasi kepada anak-anak untuk belajar.

Malah, beliau percaya bahawa tidak ada cara lain untuk mengubah dan meningkatkan taraf hidup rakyat terutama di kawasan luar bandar, kecuali melalui pendidikan.

“Hanya dengan pendidikan, ia dapat mengubah nasib kita dan ekonomi keluarga di masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Makan Malam Gawai Dayak Peringkat Bahagian Bintulu 2024 di Restoran Dinner World, di sini, malam tadi.

Di majlis itu, Lyechea Charlie, 23, dinobatkan sebagai Kumang Gawai Bahagian Bintulu 2024 manakala Gelaran Lulong (naib johan) Gawai pula dimenangi Jolin Iing,19 dan Emilia Mujan Kayan, 29, meraih gelaran Selinggar Matahari Gawai atau tempat ketiga.