SARATOK: Program kesedaran keselamatan kebakaran akan terus diperluaskan ke semua kampung dan rumah panjang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, ini kerana insiden kebakaran sering berlaku membabitkan rumah panjang dan rumah kampung sejak kebelakangan ini.
“Program dianjurkan ini bagi memastikan penduduk harus mempunyai pengetahuan asas ketika berhadapan situasi bencana seperti kebakaran,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan alat pemadam api kepada Pengerusi Jawatankuasa kemajuan dan kampung (JKKK) yang terlibat program kesedaran keselamatan kebakaran di Dataran Terbuka Sri Kalaka, di sini, hari ini.
Seramai 64 ahli dari lapan JKKK bagi kawasan DUN Kalaka menyertai program itu.
