KUCHING: Sarawak dijangka dapat menyelesaikan proses pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings selepas suku kedua atau ketiga tahun depan.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ketika ini proses pengambilalihan sedang dilaksanakan Kerajaan Sarawak.
“Saya jangka (proses pengambil alihan selesai) suku kedua atau suku ketiga, tahun depan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Buku ‘The Life of Datuk Polycarp Sim Cheng Mong’ bertempat di Waterfront Hotel, di sini, hari ini.
Abang Johari berkata, proses pengambil alihan itu membabitkan dua kementerian iaitu Kementerian Pengangkutan Sarawak dan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak.
