KUCHING: Inisiati Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) berjaya meningkatkan hasil diperoleh Sarawak sekali gus membolehkan banyak projek pembangunan dapat dilaksanakan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato’ Ibrahim Baki berkata ini termasuk projek yang memerlukan peruntukan besar sehingga inisiatif ini diiktiraf oleh pesaing politik.
“Inisiatif Abang Johari dan Kerajaan Sarawak turut diiktiraf oleh pesaing politik, yang kini menyokong kerajaan, menjadi ahli GPS,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa menghadiri sambutan Aidilfitri Zon 3 Parti Persaka Bumiputera Bersatu (PBB) Satok di Dewan Sri Bunga Rampai di sini malam tadi.
Turut hadir ialah Setiausaha politik kepada Premier Sarawak, Abdul Samat Gany; Setiausaha politik kepada Timbalan Perdana Menteri, Irwan Zulkarnain Muhammad Hasbie dan pengerusi penganjur program Ali Sujang.
