Program Ngunting Rambut Pake Raya DUN Lingga

SIMANGGANG: Dianggarkan lebih 800 orang penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga hadir Program Ngunting Rambut Pake Raya’ di Mini Stadium Sri Aman, di sini, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor menganjurkan pogram gunting rambut percuma yang bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

“Program kedua kalinya ini merupakan program amal bagi meringankan beban penduduk dalam menyambut Syawal,” katanya.

Dayang Noorazah berkata, sebagai wakil rakyat di kawasan itu, beliau akan cuba menjadikan program gunting rambut amal berkenaan sebagai program rutin tahunan bagi membantu golongan memerlukan.