Program Pautan Kasih raikan 171 penerima golongan sasar

SARATOK: Seramai 171 penerima terdiri daripada anak yatim, golongan asnaf dan pelajar tahfiz dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka menerima sumbangan Ramadan dalam Majlis Program Pautan Kasih yang di Masjid Jamek Saratok, dekat sini.

Majlis dianjurkan Lembaga Amanah Kebajikan Islam Saratok (LAKIS) dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN N.38 Kalaka bagi menyantuni golongan memerlukan menjelang sambutan Aidilfitri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata program berkenaan merupakan usaha berterusan untuk membantu meringankan beban golongan kurang berkemampuan.

Daripada jumlah keseluruhan penerima, seramai 117 merupakan anak yatim, 45 golongan asnaf dan 13 pelajar tahfiz yang menerima sumbangan.

Tambah beliau, program itu sebagai platform untuk menyantuni serta berkongsi kegembiraan dengan golongan yang memerlukan.

Majlis itu turut dihadiri Pro-Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Datuk Abdul Wahab Aziz.