SEMATAN: Sebanyak RM392,500 disumbangkan menerusi Program Semarak Kasih MADANI Lundu di Dewan Masyarakat Kampung Tanah Hitam, di sini, hari ini.
Sumbangan itu bagi membantu keluarga dan golongan memerlukan.
Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Abang Abdul Aziz Datuk Abang Draup mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan merasmikan program tersebut.
Antara penyumbang yang menjayakan program ini ialah Lembaga Tabung Haji, Yayasan Takwa, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Tabung Musa’adah JAKIM-Yayasan Waqaf Malaysia, Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad, DDRB-Hicom serta Affin Islamic Bank.
Hadir sama, Setiausaha Persekutuan Sarawak, Dato Ahmad Nadzri Mohd Hassan, Timbalan Ketua pengarah (Operasi) JAKIM, Brigedier Jeneral Datuk Mohd Ajib Ismail dan Pengarah Negeri Lembaga Tabung Haji Sarawak, Amat Kassim Pait.
