KUCHING: Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) ke kawasan Majau, Mam, Batu Luking, Poi dan Menalun di Kanowit masih menunggu kelulusan.
Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, projek di Bahagian Sibu dikemukakan kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di bawah Rancangan Boleh Pinda 5 (RP5) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) tahun 2026 dan masih menunggu kelulusan, katanya.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Allen Sidem Gramong (GPS-Machan) persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.
Dr Junaidi berkata, skop projek ini merangkumi kerja-kerja pemasangan paip, pembinaan tangki simpanan air, stesen pam penggalak dan kerja-kerja lain berkaitan.
“Sebanyak 754 isi rumah baharu melibatkan 43 kampung dan rumah panjang akan mendapat manfaat daripada projek ini,” tambahnya.
