RHB Bank bantu mangsa banjir

DALAT: RHB Bank menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Stadium Perpaduan Dalat.

Sebanyak RM250,000 akan diberikan kepada 500 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa banjir di seluruh Sarawak. Setiap KIR akan menerima RM500.

Selain bantuan kewangan, RHB Bank juga menyediakan jenis-jenis bantuan lain untuk menyokong pelanggan dan komuniti yang terjejas banjir di Sarawak dan Sabah.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berharap, bantuan itu dapat meringankan beban mangsa banjir.

“Kita berharap air di kawasan ini cepat surut supaya PPS ini dapat ditutup agar mangsa kembali ke rumah masing-masing,” katanya selepas Majlis Penyampaian Bantuan Banjir daripada RHB Bank hari ini.

Fatimah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat berkata, kesihatan dan keselamatan semasa pasca banjir diberi keutamaan, terutamanya untuk mengelakkan penyakit bawaan air selepas banjir.