LIMBANG: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Bahagian Limbang menyalurkan peruntukan lebih RM3.9 juta untuk pekebun kecil getah sepanjang tahun ini.
Timbalan Menteri Pengangkutan yang juga Ahli Parlimen Limbang, Datuk Hasbi Habibollah berkata, ini melalui pelbagai program dan bantuan yang disalurkan kepada pekebun terbabit di Limbang dan Lawas.
“Kerajaan sentiasa berusaha memperkasa program dan bantuan yang disalurkan dan sentiasa mencari jalan bagi menyokong warga pekebun kecil mengatasi segala kesukaran,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Program Gerakan Kelestarian Komoditi Getah (GKKG) anjuran RISDA Bahagian Limbang di Dewan Kampung Pabahanan, di sini, hari ini.
Turut hadir ialah Ketua Unit Perancangan Pejabat RISDA Negeri Sarawak, Emyza Aisah Atang dan Pegawai RISDA Bahagian Limbang Mohd Nazli Ayub.
