KUCHING: Kajian mengenai cara pelupusan sampah plastik menggunakan teknik pirolisis sedang dijalankan oleh Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd.
Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata, usaha menangani masalah itu akan diusahakan dengan kerjasama syarikat dari Singapura.
“Sampah plastik-plastik akan dihantar ke Singapura dan diuruskan oleh syarikat di negara itu.
“Insya-Allah kajian sedang dijalankan ketika ini,” katanya pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan 3K (Kebersihan, Kecantikan dan Kejiranan Contoh) DBKU 2023 di sebuah hotel di sini.
Dr Hazland berkata, Kerajaan Sarawak sedang membangunkan pengurusan Sisa Buangan-Kepada-Tenaga (WTE) di negeri ini.
Katanya, pelbagai program WTE di Sarawak telah dirangka untuk menukar sampah-sampah kepada sumber tenaga baharu sekali gus menjana ekonomi rakyat.
