Sarawak pelajari model terbaik negara lain untuk keperluan anak OKU

KUCHING: Sarawak komited mempelajari model negara luar bagi menambah baik penyediaan keperluan anak orang kelainan upaya (OKU).

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK), Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, Sarawak masih mengkaji model atau amalan terbaik itu dari negara lain di seluruh dunia.

“Ia penting sebelum menerima pakai dan menyesuaikannya dengan keperluan anak-anak OKU di Sarawak,”katanya selepas lawatan kerja rasmi Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor ke Pusat Sokongan Sosial Komuniti (CSSC) di Jalan Abell, di sini, hari ini.

Fatimah berkata, lawatan exco itu sebagai mempelajari model pelaksanaan CSSC bagi anak OKU di Sarawak.

“Justeru, kita melihat usaha rakan kita di Selangor ini sebagai satu usaha yang baik dalam menambah ilmu dan bertukar idea antara satu sama lain,” katanya.