KUCHING: Festival Muzik dan Seni Antarabangsa Sarawak (SIFMA) 2024 dijadual berlangsung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 7 dan 8 Disember ini.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED) Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, penganjuran SIFMA 2024 kali kelima tahun ini sejajar matlamat pihaknya untuk menubuhkan Pusat Seni Persembahan.
“Pusat Seni Persembahan bagi menyediakan platform kepada anak-anak muda mempamerkan bakat dan kebolehan dalam industri kreatif ke tahap optimum,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Sidang Media Festival Muzik dan Seni Antarabangsa Sarawak (SIFMA) 2024 di salah sebuah hotel, di sini, hari ini.
Difahamkan, SIFMA 2024 dijangka menampilkan ramai penggiat seni yang terkenal termasuk Dr. Poom Prommachart dari Thailand dan kumpulan tarian teater Dua Space dari Malaysia.
Selain itu pertunjukan fesyen yang turut disertai oleh pereka seperti BON Zainal, Dato Raymond Jolly, Jeny Tjahyawati, Sugeng Waskito, Wan Bynun dan Jason Hee.
