LAWAS: Sarawak diharap akan dapat melaksanakan sistem Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) pada suku pertama tahun ini.
Pengarah Jabatan Pengaliran Saliran (JPS) Sarawak, Datu Ahmad Denney Ahmad Fauzi berkata, sistem ini berupaya meramal banjir dan mengeluarkan hebahan amaran banjir lebih awal.
“Saya berharap ia dapat dilaksanakan suku pertama tahun ini melibatkan kawasan-kawasan berisiko banjir di Sarawak,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika Kunjungan Tahun Baru Cina (TBC) Liaw Leong Pun, Chop Leong Seng Hardware and Machinerles Lawas serta Pembukaan Restoran Makan Makan Lawas di sini hari ini.
Program dihadiri Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan isteri Dato Dayang Morliah Datuk Awang Daud, Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong, Residen Bahagian Limbang Yunus Tambi, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok, Setiausaha Politik Premier Awangku Jinal Abidin Dato Pengiran Jawa dan pemilik Restoran Makan Makan Lawas Jayson Liaw.
