SERDANG: Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Datuk Dr Hazland Abg Hipni menghadiri majlis pelancaran Malaysia Autoshow 2025 di MAEPS, di sini, hari ini.
Menurut kenyataan media Pejabat Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Malaysia Autoshow 2025 menampilkan inovasi terkini dalam industri automotif.
Ini termasuk kenderaan Hidrogen FCEV kenderaan elektrik bateri (BEV), teknologi pintar dan penyelesaian lestari.
“Kehadiran beliau atas jemputan rasmi dari Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii),” menurut kenyataan itu.
Ini juga mencerminkan sokongan berterusan Kerajaan Sarawak terhadap pembangunan teknologi automotif hijau dan mobiliti mampan yang selari agenda nasional dan negeri ke arah peralihan tenaga bersih serta ekonomi rendah karbon.
