STIDC perkenal pelbagai inisiatif kukuhkan industri perkayuan

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Industri Perkayuan Sarawak (STIDC) mengukuhkan sokongannya dalam pertumbuhan dan ketahanan industri terbabit dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif dan menambaik peraturan dalam acara industri terbaharu 2025.

Acara itu mengumpul wakil dari agensi kerajaan, persatuan industri perkayuan dan pemegang taruh sektor pembalakan yang bersatu berkongsi matlamat untuk mewujud industri perkayuan yang kukuh dan mampan.

Pengurus Besar STIDC, Zainal Abidin Abdullah menzahirkan penghargaan kepada peserta termasuk dari MIDA, MINTRED, MINDEF, Harwood Timber dan STA, SFIA dan PERBUMI yang menghadiri acara itu.

“Matlamt kita untuk menjamin semua pemain dalam industri perkayuan terutama perusahaan kecil dan sederhana mengenai peraturan terkini, program insentif yang disediakan dan pembangunan baharu yang boleh menyokong dan meningkatkan pertumbuhan.

“Saya yakin, kita telah mencapai matlamt terbabit dan menyediakan halatuju ke hadapan,” katanya semasa berucap pada majlis penutupan acara itu.

Acara itu turut mengetengahkan Sistem Peraturan dan Pematuhan Industri Perkayuan (TRACE) dan pelancaran platform pelesenan dalam talian sepenuhnya STIDC pada 1 Oktober 2023.

TRACE menyelaras proses permohonan Lesen Industri Perkayuan (TIL) termasuk pembayaran fii dalam talian dan dijangka ditingkatkan bagi membaiki penyampaian khidmat.

Zainal Abidin berkata, STIDC komited meningkatkan perkhidmatan kepada industri perkayuan. Satu lagi pencapaian ialah kelulusan dasar untuk membangunkan kilang dalam kawasan Tanaman Hutan Berlesen (LPF) yang diluluskan secara rasmi 15 Oktober 2023.

Di samping itu, Peraturan (Pelesenan) Industri Perkayuan Sarawak baharu yang diluluskan baru-baru ini menandakan langkah utama dalam mengawal industri perkayuan di negeri ini. Peraturan itu diletakkan di bawah 24 Ordinan STIDC menggantikan Perintah Tadbir Urus 2023 untuk pengeluaran TIL.

Tujuannya untuk mengukuhkan peranan peraturan STIDC, menyelaraskan proses pelesenan, memperkenal permit sementara untuk memudahkan perniagaan sebelum kelulusan TIL dan meningkatkan peruntukan penguatkuasaan demi kebaikan pematuhan.