KUCHING: Pengamal media berperanan berkongsi maklumat dengan rakyat Sarawak mengenai pembangunan yang dijalankan Kerajaan Sarawak.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata sumbangan pengamal media di Sarawak amat dihargai kerana media turut sama membantu ke arah pembangunan dan kemajuan negeri.
“Malah, mereka turut sama mempromosi inisiatif kerajaan agar diketahui dan difahami rakyat peringkat akar umbi.
“Terima kasih kepada pihak media yang telah bertungkus-lumus menjalankan tugas bersama-sama dengan Kerajaan Sarawak untuk berkongsi maklumat (pembangunan) dengan rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika meraikan lebih 80 warga media dari 20 agensi media di Sarawak di sini, malam tadi.
Len berkata, media turut membuat liputan meluas pada Perhimpunan Agung Ke-16 Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) baru-baru ini.
“Mereka (media Sarawak) telah memberi liputan yang meluas untuk berkongsi (maklumat) dengan rakyat Sarawak dan Malaysia,” tambahnya.
Tamat
