MALUDAM: Kampung Tanjung Baru Maludam, Kampung Sungai Daun dan Kampung Sungai Mulon antara terjejas dilanda banjir di sini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, di Kampung Tanjung Baru Maludam paras air berada pada paras pinggang,
“Manakala, di Kampung Sungai Daun dan Sungai Mulon paras air pada paras lutut,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika melakukan tinjauan dan menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada penduduk yang terjejas banjir di Kampung Maludam, di sini, hari ini.
Dayang Noorazah berkata, banjir di Maludam masih terkawal dan dijangka berterusan beberapa hari lagi kerana limpahan air sungai akibat hujan berterusan.
Katanya, ini ditambah pertembungan air pasang besar selain sistem saliran masih kurang memuaskan.
