Tiga pertubuhan, enam individu terima Anugerah Perdana Belia Negara 2024 Peringkat Sarawak

BINTULU: Kelab Belia Iban Mansang Bawang Assan dinobatkan sebagai johan kategori pertubuhan bagi Anugerah Perdana Belia Negara 2024 Peringkat Negeri Sarawak.

Kelab terbabit menerima hadiah wang tunai RM10,000 berserta piala dan sijil penghargaan disampaikan Timbalan Menteri Menteri Belia,Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Dr Ripin Lamat di majlis perasmian Hari Belia Negara 2024 Peringkat Negeri Sarawak, di sini, hari ini.

Manakala naib johan ialah Pergerakan Pemuda Malaysia Negeri Sarawak (RM5,000) dan tempat ketiga ialah Junior Chamber International(JCI) Jalan Tanjong Kidurong (RM3,000).

Anugerah bagi kategori individu lelaki, johan dimenangi Loo Yong Sieng (RM3,000), naib johan pula ialah Raden Khairulzaman Raden Bustari(RM1,500) dan tempat ketiga ialah Mohamad Akram Mohamed Karim(RM500).

Anugerah itu kategori individu wanita, johan dimenangi Brandy Mary Duncan (RM3,000), naib johan ialah Rapunzel Anthony Jamuh(RM1,500) dan
ketiga ialah Norsilawati Bujang(RM500).