Anak Sarawak rebut peluang lanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi

SIBU: Kerajaan Sarawak amat berharap anak Sarawak mempunyai inisiatif untuk merebut peluang melanjutkan pengajian mereka hingga ke peringkat tertinggi.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, ini sama ada di dalam dan luar negara kerana peluang mendapatkan pendidikan itu telah diwar-warkan secara meluas.

“Amat rugi jika tidak merebut peluang untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi, terutamanya melalui program yang dipromosi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT),” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan dibacakan timbalannya, Datuk Dr Annuar Rapaee pada majlis perasmian Jom Masuk U 2024 UiTM cawangan Sarawak di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, Universiti Teknologi Sarawak (UTS), di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa yang menjalankan fungsi Rektor UITM Cawangan Sarawak, Prof. Madya TS. CHM. Dr. Mohammad Isa Mohamadin dan Naib Canselor UTS, Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid.