KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat delegasi Lembaga Amanah Yayasan Sarawak di Astana Negeri, di sini, hari ini.
Delegasi diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak merangkap Timbalan Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Sarawak, Datuk Amar Mohammad Abu Bakar Marzuki untuk menjemput Tun Pehin Sri dan isteri ke Majlis Sungkei Anak Sarawak di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) 22 Mac 2025.
Majlis ini dijangka menghimpunkan seramai 1,400 tetamu, terdiri daripada pelajar serta warga Sarawak yang menetap dan bertugas di Semenanjung Malaysia.
Tun Pehin Sri mendoakan agar persiapan majlis ini berjalan lancar dan menjadi platform bermakna untuk mempererat ukhuwah serta menyemarakkan semangat kekeluargaan dalam kalangan anak Sarawak di perantauan.
Turut hadir Pengarah Yayasan Sarawak, Datu Mersal Abang Rosli ; Timbalan Pengarah (Operasi) Yayasan Sarawak, Mohamad Adzlie Ibrahim, Timbalan Pengarah (Pendidikan) Yayasan Sarawak, Watson Chunggat Leonard Doo serta Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Infrastruktur Pendidikan) Yayasan Sarawak, Jolly Marikan.
