KUCHING: Universiti Teknologi Swinburne Sarawak akan menjadi salah satu stesen perhentian Transit Aliran Autonomi (ART) bagi memudahkan pelajar di universiti berkenaan ke kampus.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, keputusan untuk menjadikan universiti berkenaan sebagai salah sebuah stesen singgah ART untuk meringkankan beban kewangan pelajar ke kampus.
“Jadi, pelajar di sini bakal ada pengangkutan awam yang jauh lebih murah di samping menangani kesesakan trafik yang sering dihadapi mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa Hari Pembukaan Kampus Universiti Teknologi Swinburne Sarawak yang telah siap dinaik taraf di sini, hari ini.
Menjelas lanjut, Abang Johari memberitahu inisiatif ini adalah bertepatan dengan usaha kerajaan Sarawak memberikan pendidikan percuma kepada anak negeri ini menjelang 2026.
Universiti Teknologi Swinburne Sarawak tersenarai dalam universiti yang akan menawarkan pendidikan percuma nanti.
Hadir sama Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapa’ee, Presiden Universiti Teknologi Swinburne Sarawak Profesor Pascale Quester, Pengerusi Universiti Teknologi Swinburne Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion.
GAMBAR:JABATAN PREMIER/SARAWAKKU
