KUCHING: Politeknik Kuching Sarawak (PKS) menganjurkan Program Peluang Pekerjaan dan Penempatan Industri Graduan di Pejabat PERKESO UTC, di sini, semalam.
Program dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Sarawak ini menawarkan peluang temuduga kerjaya kepada graduan PKS yang tamat sesi pengajian pada Sesi 1 dan Sesi 2: 2022/2023.
Syarikat terlibat mengadakan sesi temu duga terbabit seperti Infollective Solutions Sdn Bhd, Fuya Energy Sdn Bhd dan OCIM Sdn Bhd.
Pengarah PKS, Samsudin Mohd Saleh berkata, program seumpama ini memberikan peluang graduan untuk memasuki pasaran pekerjaan dan mengaplikasikan kemahiran dipelajari di PKS.
“Kami amat mengalu-alukan kerjasama dengan pihak industri dalam usaha meningkatkan kebolehpasaran graduan PKS,” katanya.
