Usahawan Lundu manfaatkan Program HalalPrenur Ready 2.0

LUNDU: Seramai 120 peserta mengikuti siri kedua Program HalalPrenur Ready 2.0 Bersama Agrobank di Dewan Serbaguna Mahligai Gading Lundu, di sini, semalam.

Program terbabit membimbing serta mempersiapkan usahawan tempatan mendapatkan Pensijilan Halal Malaysia daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).

​Majlis penutupan rasmi program disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan yang turut menyumbang peruntukan sebanyak RM5,000 bagi pelaksanaan program itu.

‘​Sebagai langkah proaktif bagi memperkasakan ekonomi ahli, peruntukan dana sebanyak RM1 juta disalurkan khusus untuk usahawan yang mendaftar sebagai ahli HalalPrenur Association Sarawak,” katanya.

Hadir sama, Pegawai Daerah Lundu, Zulkarnain Ismail, Pengarah Wilayah Agrobank Sarawak, Halek Abdullah, Presiden Pertubuhan Usahawan Halal Sarawak (HalalPreneur) Sharifah Noor Noorlaila Wan Mohamad dan Pengarah Program HalalPreneur Ready 2.0 (Zon Lundu), Kaunselor Bolhassan Putit.