Year: 2023

Sarawak terima peruntukan tambahan ukur tanah NCR

LUNDU: Kerajaan Sarawak sudah menerima peruntukan tambahan berjumlah RM10 juta dari Kerajaan Pusat bagi melaksanakan pengukuran Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR). Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, peruntukan itu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diterima awal bulan ini. “Peruntukan tambahan […]

Peruntukan RM1.03 bilion untuk projek bekalan air Serian

SERIAN: Kerajaan Sarawak memperuntukkan sebanyak RM1.03 bilion bagi projek naik taraf bekalan air di bahagian ini di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Perkara ini dinyatakan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Beliau berkata, kesemua projek itu dijangka dapat disiapkan selepas 2025 atas faktor kebolehcapaian ke beberapa kawasan sasaran. “Ia dapat disiapkan […]

24 projek RTP DUN Kabong tahun depan

KUCHING: Sebanyak 24 projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) telah diluluskan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong tahun depan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir berkata, projek itu akan dilaksanakan membabitkan peruntukan RTP sebanyak RM5 juta. “Kesemua projek RTP ini telah dan bakal memberi manfaat dan keselesaan kepada penduduk terutamanya di kampung […]

Pasar malam Daro buka peluang jana pendapatan

DARO: Masyarakat peniaga di sini perlu merebut peluang untuk meningkatkan pendapatan di Pasar Malam Daerah Daro. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad yang merasmikan pembukaan pasar malam di Tapak Pesta Daro di sini berkata, pasar malam itu merupakan satu lagi peluang bagi membantu usahawan kecil menjana ekonomi. Pasar malam yang diusahakan oleh Majlis Daerah […]

Cadangan tamatkan khidmat kontraktor gagal siap projek

LAWAS: Kontraktor yang lewat menyiapkan projek kerajaan di sini disyor akan ditamat dan diganti dengan kontraktor lain. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ini sekiranya kontraktor berkenaan tidak ada perancangan mengatasi kelewatan itu. “Kalau ada kontraktor yang terlalu liat..dan lewat serta kontraktor itu nampak tidak ada pelan mengejar masa yang tertinggal […]

Simunjan miliki pusat tahfiz pertama

SIMUNJAN: Simunjan kini memiliki pusat tahfiz pertama setelah pembinaan bangunan tersebut siap sepenuhnya Oktober lalu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris berkata, pusat tahfiz tersebut akan dikendalikan Lembaga Kebajikan Islam Simunjan. “Pembinaan pusat tahfiz itu membabitkan kos sebanyak RM700,000 yang menempatkan pelajar lelaki dan perempuan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke […]

Dua RUU pengurusan karbon akan dibentang sidang DUN

KUCHING: Dua Rang Undang-Undang (RUU) baharu melibatkan pengurusan karbon bakal dibentangkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, bermula 20 November ini. Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata, dua undang-undang baharu itu berkaitan elektrik dan persekitaran merangkumi semua perkara melibatkan karbon. “Undang-undang tersebut merupakan perkara baharu dan tidak […]

145,825 bayi didaftarkan untuk Endowment Fund Sarawak

KUCHING: Sejak 2019, seramai 145,825 orang bayi sudah didaftarkan untuk Endowment Fund Sarawak yang berjumlah RM1,000 dan hanya boleh dikeluarkan bila kanak-kanak mencapai umur 18 tahun. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato’ Sri Fatimah Abdul berkata, untuk bantuan ibu bersalin, sejak 2020, seramai 77,571 orang ibu bersalin yang layak telah menerima bantuan yang […]

Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Daro bantu pelajar ke IPT

DARO: Seramai 23 pelajar menerima insentif kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) dari Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Daro. Pengerusinya, Safiee Ahmad berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan pelajar yang menerima insentif seramai 76 orang pada 2023. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Daro (ADUN) berkata, sejak 2016, seramai 427 pelajar menerima insentif itu membabitkan peruntukkan […]

54 kampung di Lawas berisiko banjir

LAWAS: Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Lawas (JPBD) untuk menambah aset bantuan bencana seperti beberapa unit pam air terapung dan bot-bot getah yang akan diselaras Balai Bomba dan Penyelamat Lawas. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kerajaan berpuashati dengan persiapan Bomba dan JPBD lainnya, tetapi mahu […]