LAWAS: Pusat latihan khas untuk orang kelainan upaya (OKU) yang lebih teratur dicadang diwujudkan di Lawas. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mencadangkan pusat latihan khas ini kerana hanya ada Pusat Pemulihan Dalam Komunti (PPDK) dan pusat sehenti untuk OKU di Lawas yang diwujudkan hasil kerjasama pihak swasta seperti Petronas. “Ini perlu […]
Abaikan suara sumbang dakwa pendapatan tinggi Sarawak atas faktor nasib
BETONG: Kejayaan Sarawak mencatatkan pendapatan berjumlah RM13.3 bilion tahun lalu bukan atas faktor nasib semata-mata. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pendapatan itu antara yang tertinggi pernah dicatatkan Sarawak sebaliknya merupakan hasil kebijaksanaan pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. “Oleh itu, kita perlu mengabaikan suara sumbang itu […]
‘Pesta Air Songkran’ Sibujaya tarik lebih 20,000 pengunjung
SIBU: Pesta Air Sibujaya 2024 yang memasuki edisi ketiga berjaya menarik lebih 20,000 pengunjung termasuk dari Bintulu. Pesta air mirip ‘Songkran Water Festival’ di Thailand itu dirasmikan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah hari ini. Katanya, sambutan masyarakat terhadap pesta air itu sangat menggalakkan lebih-lebih semasa cuti sekolah […]
Tingkatkan semangat pelajar minati STEM
SIBU: Penganjuran Pesta Sastera Kanak-Kanak Sarawak mampu meningkatkan minat kanak-kanak terutama bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, program tersebut selari dengan matlamat Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2023 Kerajaan Sarawak. Katanya, matlamat dasar kerajaan adalah menggalakkan kanak-kanak menceburi bidang STEM. “Penglibatan agensi juga amat baik […]
Tingkat kesedaran kesihatan jantung
KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menganjurkan program Karnival Kesihatan Sayangi Jantung Anda bagi meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan jantung. Datuk Bandar Kuching Utara, Hilmy Othman berkata, program bagi meraikan sambutan Hari Jantung Sedunia yang didedikasikan untuk meningkatkan kesedaran tentang kesihatan jantung dan kepentingan menjaga sistem kardiovaskular kita. “Sambutan Hari Jantung Sedunia diraikan pada 29 September […]
Sarawak dapat peruntukan RM600 juta bawah MA63
KANOWIT: Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) menerima peruntukan sebanyak RM600 juta tahun ini. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memperuntukkan RM600 juta itu kepada Sarawak tahun ini manakala sebanyak RM300 juta pada tahun lalu. “Sebab itu kami sentiasa menekankan MA63, kami berharap rakyat […]
Tujuh acara utama berlangsung sempena sambutan Perayaan Hari Jadi TYT
KUCHING: Tujuh acara utama akan berlangsung di sekitar bandar raya ini sempena Sambutan Perayaan Hari Lahir Ke-78 Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sambutan itu akan berlangsung mulai 10 hingga 13 Oktober depan. “Ia termasuk […]
Polis lupus dadah bernilai RM2.6 juta
KUCHING: Polis Sarawak melupuskan pelbagai jenis dadah termasuk air dan daun ketum dianggarkan bernilai RM2.6 juta yang dirampas dari 2017 sehingga kini. Pesuruhjaya Polis Datuk Mancha Ata berkata, ia dilupuskan setelah mendapat perintah mahkamah berikutan prosiding yang sudah selesai dan tempoh rayuan bagi hukuman dikenakan ke atas pesalah kes terbabit berakhir. “Pelupusan hari ini membabitkan […]
SABATI pendamping masyarakat
LAWAS: Selama 42 tahun kewujudan Persatuan Tenaga Amal Isteri-isteri Menteri Sarawak (SABATI) telah banyak menyumbang kepada kebajikan, kesihatan, pendidikan dan segala aspek keperluan rakyat di Sarawak. Timbalan Presiden SABATI Dato Dayang Morliah Datuk Awang Daud berkata, SABATI yang diasas oleh Allahyarhaman Datuk Amar Laila Taib atas saranan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad pada […]
Ordinan Buruh Sarawak ke Parlimen
KUCHING: Ordinan Buruh Sarawak akan dibentangkan di Persidangan Parlimen pada hujung tahun ini yang memberi hak dan perlindungan saksama dengan pekerja di Semenanjung Malaysia. Menteri Sumber Manusia, Sim Chee Keong berkata, ini adalah satu berita baik buat golongan pekerja di Sarawak. “Satu berita baik untuk pekerja khususnya di Sarawak atas usaha, dukungan dan sokongan Premier […]
