LAWAS: Pusat latihan khas untuk orang kelainan upaya (OKU) yang lebih teratur dicadang diwujudkan di Lawas.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mencadangkan pusat latihan khas ini kerana hanya ada Pusat Pemulihan Dalam Komunti (PPDK) dan pusat sehenti untuk OKU di Lawas yang diwujudkan hasil kerjasama pihak swasta seperti Petronas.
“Ini perlu diberi perhatian kerana anak OKU dan istimewa mempunyai bakat serta kebolehan. Mereka tidak harus dipinggirkan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Wanita Dinamik yang merupakan usaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), di Lawas, hari ini.
Hadir sama, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Dato Sri Nancy Shukri.
Selain itu, Awang Tengah berkata Kerajaan Sarawak akan terus menyokong usaha KPWKM dalam memperkasakan wanita Sarawak.
Hadir sama ialah Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong, Ketua Setiausaha KPWKM Datuk Dr Maziah Che Yusoff.
