Month: October 2024

Sarawak rekod lebih 800 kes salah guna media sosial

KUCHING: Sarawak merekodkan lebih 800 kes penyalahgunaan media sosial dalam kalangan belia dari Januari hingga Julai tahun ini. Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Gerald Rentap Jabu berkata, kes tersebut yang dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC). “Jumlah ini (800 kes) dari Januari hingga Julai tahun ini,” katanya pada sidang media […]

Anggota SCS perlu bekerjasama pacu Sarawak dengan idea inovatif, kompetitif

BANDAR SERI BEGAWAN: Anggota Perkhidmatan Awam Sarawak (SCS) disaran terus bekerjasama dalam menghadapi cabaran dan memastikan Sarawak terus berkembang dengan idea yang inovatif dan kompetitif. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan SCS harus mempunyai satu pemikiran yang seiring. Katanya, anggota SCS perlu bersatu dalam satu platform menggunakan teknologi dengan pemikiran […]

UiTMCS anjurkan syarahan Malaysia Madani & Jiwa Merdeka

KOTA SAMARAHAN: UiTM Cawangan Sarawak (UiTMCS) menganjurkan syarahan bertajuk Malaysia Madani & Jiwa Merdeka di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Kampus Samarahan 2, di sini, baru-baru ini. Menurut kenyataan UiTM Cawangan Sarawak, syarahan disampaikan Ahli Lembaga Pengarah Universiti itu, Mustaffa Kamil Ayub, bersama kira-kira 100 warga kerja UiTM Cawangan Sarawak baru-baru ini. Penganjuran syarahan tersebut […]

HDC: RM505.94 juta biayai SPRP

BINTULU: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) membantu membiayai 1,131 projek membabitkan 24,553 pintu rumah panjang di bawah Skim Pinjaman Rumah Panjang (SPRP) sehingga September tahun ini. Pengerusi HDC, Abdul Yakub Arbi berkata, jumlah pinjaman keseluruhannya mencecah RM505.94 juta. SPRP yang diperkenal sejak 1978 itu merupakan usaha bersungguh Kerajaan Sarawak dalam membantu komuniti rumah panjang, katanya pada […]

UNIMAS tubuh UKeP, PsyCon bagi kakitangan dan pelajar

KUCHING: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mengambil berat penjagaan kesihatan mental dan kesejahteraan emosi kakitangan dan pelajar universiti itu. Naib Canselor UNIMAS, Prof Dr Ahmad Hata Rasit berkata, berhubung perkara ini, pihaknya menubuhkan Unit Kesejahteraan Personel (UKeP) di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia pada 2021. “Unit ini bertanggungjawab melaksanakan intervensi psikologi atau kaunseling kepada staf-staf,” katanya. Beliau […]

Program Pengukuran Tanah NCR bantu rakyat dapatkan hak

SIBU: Program Pengukuran Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) Inisiatif Baharu membuktikan komitmen kerajaan untuk membantu rakyat mendapatkan hak mereka sekali gus mengelakkan pencerobohan. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, di bawah program inisiatif baharu itu, sejak 2010 hampir 1.2 juta hektar (tiga juta ekar) tanah NCR berjaya disukat manakala yang diwartakan […]

PERKIM Cawangan Sarawak bakal miliki bangunan baharu

KUCHING: Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Sarawak bakal memiliki sebuah bangunan baharu untuk dijadikan tempat pemulihan pesakit strok, penjagaan orang tua dan ibu pejabat cawangannya di sini. Pengerusinya merangkap Timbalan Menteri Ekonomi Dato Hanifah Hajar Taib berkata, bangunan baharu bakal ditempatkan di kawasan Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, berdekatan Kompleks Kebajikan Laila Taib (PERYATIM) […]

Pergerakan Belia Parti PBB akan dilancar 6 Oktober

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan melancarkan Pergerakan Belia Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang bermula 5 hingga 7 Oktober ini, di Sibu. Pergerakan tersebut merupakan sayap baharu terdiri daripada golongan belia berusia di antara 18 hingga 28 tahun. Pelancaran diadakan setelah mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan (ROS). Setiausaha Agung Parti PBB merangkap Menteri Kerja […]

Konvensyen Parti PBB awal 2025

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan mengadakan Perhimpunan Agung Ke-16nya di sini sama ada pada penghujung Januari atau awal Februari tahun depan. Setiausaha Agung Parti PBB, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, kesemua 82 cawangan parti di seluruh negeri akan selesai mengadakan mesyuarat agung masing-masing pada Disember 2024. “Sebahagian daripada ranting dan cawangan ada […]