Year: 2024

Batik lukis sentuhan Stanley Wan

BINTULU: Kesukaran mendapatkan bahan mentah tidak menghalang pengusaha batik lukis di Miri memajukan perniagaan. Pengusaha batik lukis terbabit, Kaneth Legacy, Stanley Wan, 41 malah terus mendapat permintaan tinggi di Semenanjung dan turut mendapat tempahan membuat deco di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. “Sentuhan tangan saya sering kali digayakan oleh orang kenamaan pada acara-acara besar […]

Program Atlet Muda perlu sokongan

KUCHING: Orang ramai disaran menyokong Program Atlet Muda bagi kanak-kanak kelainan upaya (OKU) intelek dianjurkan Sukan Olimpik Khas Bahagian Kuching. Menteri Kebajikan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kanak-kanak terbabit berumur dua hingga tujuh tahun. Katanya, sokongan itu sama ada melalui penajaan kesukarelawanan atau hanya dengan menyebarkan berita. “Setiap daripada kita […]

Peruntukan projek pembangunan sosial DUN Lingga dilulus

SIMANGGANG: Peruntukan berjumlah RM76 juta diluluskan bagi melaksanakan projek pembangunan sosial di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, projek terbabit ialah pembinaan kawasan Rehat dan Rawat (RNR) dengan kos RM40 juta, Dewan Simposium Batang Lupar (RM16 juta) dan Kompleks Sukan Lingga (RM20 juta). “Ketiga-tiga projek […]

RM160 juta naik taraf jalan raya

MIRI: Sebahagian daripada jalan pesisir antara Kampung Bakam ke simpang Sepupok di Niah akan dinaik taraf, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Beliau yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan berkata, projek berharga RM160 juta yang dibiayai oleh Kerajaan Sarawak itu, setakat ini masih dalam peringkat perancangan. “Kita berharap dapat membuka tender […]

HIP dilaksana dalam masa terdekat

KUCHING: Sarawak akan melaksanakan Program High Immersive (HIP) kepada pelajar sekolah di negeri ini. HIP diperkenal Kementerian Pendidikan sejak 2016 bertujuan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar melalui peningkatan pendedahan kepada bahasa itu. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapa’ae berkata guru besar atau pengetua, guru, pelajar, komuniti dan ibu […]

RM20 bilion diperuntuk bangunkan jalan raya, jalan pesisir

BINTULU: Pembangunan jaringan jalan raya yang membabitkan kos besar akan menjurus kepada kemajuan sektor pertanian, kata Premier Sarawak. Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, dengan adanya jaringan jalan raya usahawan tani boleh mendapatkan askes kepada pasaran luar. Untuk membangunkan jaringan jalan raya itu termasuk jalan pesisir, Kerajaan Sarawak memperuntukkan sebanyak RM20 bilion […]

UNIFOR manifestasi dasar keterangkuman sosial

KUCHING: Penubuhan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) adalah manifestasi Kerajaan Sarawak dalam mewujudkan keharmonian kaum selaras dasar keterangkuman sosial yang digariskan di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS 2030). Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas memberitahu, UNIFOR hanya ditubuhkan di Sarawak merupakan bukti komitmen Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari […]

Pembinaan parit tangani banjir kilat pekan Saratok

SARATOK: Peruntukan sebanyak RM600,000 sudah dipohon bagi membina dua parit yang perlu untuk mengatasi banjir kilat di pekan Saratok di sini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, pembinaan dua parit itu juga boleh menyelesaikan banjir kilat di kawasan Taman Muhibbah. “Permohonan itu sudah kita majukan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Betong untuk […]

Sarawak contohi Jepun, Taiwan bangunkan pertanian pintar

MIRI: Kerajaan Sarawak mahu mencontohi konsep pertanian moden digunakan di Jepun dan Taiwan untuk membangunkan kawasan penanaman di kawasan perumahan di negeri ini. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, konsep yang menerapkan pertanian pintar terbukti keberhasilannya kerana menggunakan teknologi terkini termasuk Internet Benda (IoT) dan pertanian rumah hijau. Menurutnya, konsep […]

BDA meterai MoU dengan UNICEF Malaysia

BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) akan menyertai pihak berkuasa tempatan (PBT) lain di negeri ini melaksanakan Inisiatif Bandar Mesra Kanak-Kanak (CFCI). CFCI adalah program kerajaan negeri yang bekerjasama dengan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) untuk meningkatkan taraf hidup kanak-kanak di setiap PBT. Pengurus Besar BDA, Datuk Muhamad Yakup Kari berkata, beliau berharap pihaknya dapat […]