Month: August 2025

Sarawak-Longi kukuhkan hubungan strategik

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Longi Malaysia Sdn Bhd di Kompleks Satria Pertiwi di sini, hari ini. Kunjungan itu diketuai oleh Pengasas dan Presiden Kumpulan Longi, Li Zhenguo bagi memperkukuh hubungan strategik bersama Kerajaan Sarawak serta membincangkan hala tuju masa depan operasi syarikat tenaga boleh […]

Projek E-Penambang bantu kurangkan pengeluaran karbon

KUCHING: Sistem pengangkutan sungai Sarawak melalui fasa transformasi apabila melaksanakan Projek E-Penambang, sekali gus membuktikan komitmen kerajaan terhadap penyahkarbonan, pembangunan ekonomi hijau, dan integrasi bandar pintar. Projek tersebut merupakan inisiatif penting dalam memperkasakan perahu tambang ikonik – berkuasaelektrik yang selamat, cekap, rendah karbon, sambilmengekalkan reka bentuk dan nilai warisan. Pada malam tadi, prapelancaran Projek E-Penambang […]

Tiada persefahaman antara punca kes cerai

MIRI: Kes perceraian membabitkan pasangan Islam di Sarawak mencatat trend peningkatan membimbangkan dengan sebanyak 1,124 kes direkodkan pada 2024. Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri, tiada persefahaman antara pasangan antara punca utama kes perceraian pasangan Islam di negeri ini. Di peringkat Malaysia pula katanya, sebanyak 7,116 kes keganasan rumah tangga […]

MA63: Tuntutan Sarawak perkukuh bahasa Inggeris dibincang esok

KUCHING: Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di Kuala Lumpur esok, bakal membincangkan tuntutan Kerajaan Sarawak untuk memperkukuh penggunaan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan khususnya bagi mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, ia merupakan antara tuntutan penting Sarawak dalam bidang pendidikan. “Namun ia perlu […]

Cadangan tambah dua kapal Sarawak Coastguard, perkukuhkan benteng perairan

TANJUNG MANIS: Keselamatan perairan Sarawak akan terus diperkukuhkan terutamanya daripada kegiatan penangkapan ikan secara haram. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, antara pendekatan yang digunakan setakat ini adalah penanaman tukun tiruan dan pelaburan besar dalam Sarawak Coastguard. Menurutnya, sebanyak RM70 juta dilaburkan untuk projek penanaman tukun tiruan yang bukan sahaja […]

Pertandingan Pekit Pengelandik Jari lelaki, wanita Iban mulai 18 Ogos 2025

KUCHING: The Iban Women Charitable Trust (IWCT) akan menganjurkan pertandingan Pekit Pengelandik Jari bagi kategori lelaki dan wanita Iban warganegara Malaysia mulai 18 Ogos sehingga 30 April 2026. Pengerusi Pertandingan, Dr Anna Durin berkata, sembilan kategori pertandingan itu dengan hadiah tempat pertama kategori itu dari RM2,000 hingga RM5,000 dan pertandingan bertujuan menggalakkan komuniti Iban mengekalkan […]

Pelancongan berasas komuniti semakin mendapat permintaan

KUCHING: Sarawak kini mempunyai 65 kluster inap desa berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), sekali gus melepasi sasaran awal 60 kluster menjelang 2030. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pencapaian ini membuktikan pelancongan berasaskan komuniti semakin mendapat tempat dalam kalangan pengunjung […]

PPWS tulang belakang komuniti wanita

KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menggalakkan agar ramai wanita mempelajari penggunaan Kecergasan Buatan (AI), kata menterinya, Dato Sri Nancy Shukri. Katanya, langkah itu perlu bagi memantau anak-anak mereka menggunakan gadget dengan teknologi itu supaya ia digunakan dengan cara yang betul. “Kita tidak boleh membalikkan AI ini, tapi kita harus mempelajarinya untuk membawa penambahbaikan […]