Month: December 2025

Fahami keperluan belanjawan negeri – Fazzrudin

KUCHING: Belanjawan negeri bukan dokumen yang boleh ditafsir sesuka hati, sebaliknya memerlukan kefahaman mendalam berhubung peraturan perakaunan kerajaan, ujar Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Datuk Fazzrudin Abdul Rahman. Jelasnya, kekeliruan sering tercetus apabila sesetengah pihak menafsir angka belanjawan tanpa memahami struktur teknikal yang menjadi asas kepada dokumen tersebut. “Premier sering menggunakan contoh-contoh mudah supaya […]

Premier Sarawak antara pemimpin sertai ALR Ke-12

SINGAPURA: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg antara pemimpin negara menyertai delegasi Malaysia ke Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura (ALR) Ke-12 yang berlangsung di sini, hari ini. Delegasi Malaysia yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan kerja ke Singapura bagi menghadiri ALR itu. Mengiringi Anwar ialah Timbalan Perdana Menteri […]

Strategi kewangan negeri bantu Sarawak bangunkan infrastruktur

KUCHING: Sarawak kini melangkah lebih jauh dalam agenda pembangunan sendiri apabila strategi berani kerajaan negeri termasuk penubuhan bank sendiri mula menunjukkan hasil. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata penubuhan bank negeri adalah antara langkah kreatif yang membolehkan Sarawak berdikari dari sudut pembiayaan pembangunan, sekali gus tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada […]

Insentif RM700: Keprihatinan kerajaan terhadap peranan media

KUCHING: Pengumuman insentif RM700 secara one-off kepada pengamal media swasta disifatkan sebagai penghargaan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, terhadap peranan media. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol, berkata ini kerana jambatan komunikasi penting antara kerajaan dan rakyat. “Premier Sarawak sentiasa mengambil […]

Sarawak sasar kesalinghubungan menyeluruh, 503 projek infrastruktur dilaksana

KUCHING: Kerajaan Sarawak terus memperkukuh kesalinghubungan infrastruktur apabila sebanyak 4,959 daripada 6,344 kampung dan kawasan penempatan di negeri kini dapat dihubungi melalui jalan darat. Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata baki 1,385 kampung lagi dijangka menikmati akses jalan darat dalam tempoh beberapa tahun akan datang. “Pembangunan […]

Sarawak gerakkan kempen promosi buah-buahan tempatan

KUCHING: Kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan Tempatan sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 telah dilancarkan di perkarangan DUN Sarawak petang tadi. Pelancaran disempurnakan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, serentak dengan pelancaran Majalah Agro Kenyalang terbitan Jabatan Pertanian Sarawak (JPS). Turut hadir memberi sokongan ialah Timbalan-Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar […]

Sarawak kekurangan 930 doktor, pengisian tenaga perubatan antara cabaran terbesar

KUCHING: Sarawak kini berdepan kekurangan 930 doktor daripada 30,523 jawatan yang diluluskan, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian. Kekurangan itu katanya, menjadikan isu pengisian tenaga perubatan antara cabaran terbesar dalam memastikan rakyat mendapat akses kesihatan mencukupi. Beliau berkata, nisbah doktor kepada populasi negeri masih jauh ketinggalan di belakang purata kebangsaan, dengan […]

Anugerah Kewartawanan Shell 20 Disember ini

KUCHING: Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) berharap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, akan mengumumkan ‘berita gembira’ berhubung desas-desus bantuan kewangan kepada pengamal media pada hari terakhir Persidangan DUN Sarawak. Presiden KDJA, Ronnie Teo, berkata seluruh pengamal media di Sarawak menantikan “buah tangan” yang mungkin diumumkan Premier semasa sesi penggulungan kementeriannya. […]

Pembayaran bantuan kebajikan dipendek kepada lima hari

KUCHING: Sebanyak RM249.2 juta daripada peruntukan RM295.5 juta telah disalurkan kepada 56,650 penerima bantuan kebajikan bulanan di Sarawak setakat Oktober lalu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah, berkata bantuan itu merangkumi golongan warga emas, orang kelainan upaya (OKU), kanak-kanak serta keluarga miskin. “Bermula tahun ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) […]