SIBU: Kerajaan negeri menawarkan pendidikan tinggi percuma dalam 64 program strategik bagi melahirkan tenaga mahir bagi ekonomi baharu. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, generasi muda Sarawak perlu menggunakan peluang pendidikan percuma ini. “Mungkin suatu hari nanti kamu menjadi pencipta teknologi baharu,” katanya. Beliau berkata demikian pada sesi Town Hall […]
Perhebatkan kibaran bendera Sarawak, Malaysia
LAWAS: Rakyat Sarawak digalak mengibarkan bendera Ibu Pertiwiku dan bendera Jalur Gemilang. Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong berkata, peristiwa 22 Julai ini amat penting kepada rakyat Sarawak kerana berjaya mentadbir negeri sendiri, justeru mesti diraikan dengan semangat patriotik. “Kita mahu semangat mengibarkan kedua-dua bendera ini diperhebatkan,” katanya. Henry Sum Agong yang mewakili Timbalan […]
Penduduk Rumah Panjang Mujah bakal nikmati bekalan elektrik
SARATOK: Sambutan Hari Sarawak tahun ini membawa khabar gembira untuk penduduk Rumah Panjang Mujah di Lubok Nibong apabila projek menaik taraf sistem bekalan elektrik mula dilaksanakan. Projek itu memasuki fasa awal menerusi lawatan dan siasatan tapak oleh kontraktor berlesen (ATT) bagi menilai keperluan teknikal sebelum kerja-kerja naik taraf dimulakan. Skop projek merangkumi kerja menaik taraf […]
Pesta Ujud Simunjan simbol identiti masyarakat
SIMUNJAN: Pesta Ujud Simunjan 2026 menjadi simbol warisan, identiti dan kebanggaan masyarakat. Ahli Parlimen P200 Batang Sadong, Rodiyah Sapiee berkata, penganjuran pesta itu mencerminkan semangat kebersamaan serta perpaduan dalam menghargai budaya dan tradisi. “Pesta Ujud bukan sekadar pesta tahunan, tetapi lambang warisan dan kebanggaan masyarakat Simunjan. Ia memberi peluang untuk menghargai budaya, menghidupkan permainan tradisional […]
Premier umum hadiah istimewa buat rakyat Sarawak malam ini
SIBU: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, membayangkan satu pengumuman khas yang disifatkan beliau sebagai hadiah istimewa untuk rakyat akan dibuat pada sambutan Hari Sarawak malam ini, susulan prestasi kewangan negeri yang terus mencatat pertumbuhan memberangsangkan. Beliau berkata, pengumuman itu berkait rapat dengan kejayaan Sarawak menggandakan hasil negeri daripada RM7 bilion […]
Program Lundu Heart Day perkukuhkan perpaduan, budayakan penjagaan kesihatan
LUNDU: Sambutan Hari Sarawak di sini, diraikan dalam suasana penuh semangat apabila ratusan penduduk pelbagai kaum berhimpun menyertai Program Lundu Heart Day, hari ini. Aktiviti tersebut menggabungkan elemen kesihatan, perpaduan dan semangat cintakan Sarawak. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan berkata, sambutan bertepatan dengan ulang tahun ke-10 Hari Sarawak diisytiharkan sebagai […]
Semangat perpaduan terserlah, 10,000 peserta sertai Sarawak Day Unity Walk
SIBU: Lebih 10,000 rakyat pelbagai kaum dan agama membanjiri Dataran Tun Tuanku Bujang menyertai Sarawak Day Unity Walk 2026. Kehadiran peserta jelas mencerminkan semangat perpaduan dan keharmonian yang menjadi teras masyarakat di Sarawak, pagi tadi. Upacara pelepasan sekitar jam 7 pagi disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, turut […]
Hari Sarawak lambang perpaduan, kemajuan
KUCHING: Hari Sarawak menjadi simbol perpaduan dan iltizam rakyat dalam meneruskan pembangunan negeri yang aman, maju dan makmur. Datuk Bandar Kuching Utara, Dato Hilmy Othman berkata, semangat kebersamaan yang dipupuk sejak sekian lama menjadi asas kejayaan dan pembangunan Sarawak. “Hari Sarawak mengingatkan kita bahawa kemajuan yang dinikmati hari ini lahir daripada perpaduan, kesepakatan serta usaha […]
TYT, isteri hadiri Majlis Kesyukuran Hari Sarawak 2026
SIBU: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menghadiri Majlis Kesyukuran sempena Sambutan Hari Sarawak 2026 di Masjid An-Nur di sini, malam ini. Tun Dr Wan Junaidi yang diiringi isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, disambut oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) yang juga […]
Hari Sarawak 2026 medan rakyat imbau perjalanan bina masa depan makmur
KUCHING: Sambutan Hari Sarawak 2026 menjadi platform untuk mengingatkan rakyat agar terus bersatu dan berganding bahu dalam membawa Sarawak ke arah masa depan yang lebih maju. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sambutan Hari Sarawak menjadi medan untuk rakyat mengenang perjalanan negeri dalam membina masa depan yang makmur dan stabil. […]
