Month: October 2026

Sarawak lancar pelan hala tuju keselamatan siber 2030

KUCHING: Sarawak melancarkan Strategi dan Pelan Hala Tuju Keselamatan Siber Sarawak (SCSR) 2030, di sini, hari ini. Dengan pelancaran itu, Sarawak mempunyai strategi keselamatan siber menyeluruh bagi menyediakan hala tuju dalam menangani keperluan keselamatan ekosistem digital yang semakin berkembang. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg melancarkannya sempena Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa […]

SarawakPass perkukuhkan integrasi digital Negeri-Persekutuan

KUCHING: Integrasi SarawakPass dengan MyDigital ID menjadi satu lagi pencapaian penting dalam usaha memperkukuhkan ekosistem digital yang lebih selamat, mudah diakses dan saling berhubung antara Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan. Ketua Pegawai Eksekutif MyDigital ID, Nik Hisham Nik Ibrahim berkata, pencapaian itu mencerminkan usaha bersama dalam membina persekitaran digital lebih selamat untuk rakyat Sarawak dan Malaysia […]

Sarawak mahu terjemah teknologi kepada nilai ekonomi, peluang rakyat

KUCHING: Sarawak perlu bergerak ke fasa seterusnya dalam pembangunan ekonomi digital dengan memastikan kemajuan teknologi bukan sekadar tertumpu kepada pembinaan infrastruktur. ,Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, sebaliknya mampu diterjemahkan kepada nilai ekonomi, pelaburan, pekerjaan berkualiti dan peluang kepada rakyat. Katanya, selepas memperkukuhkan asas termasuk aspek kesalinghubungan dan infrastruktur digital, tumpuan […]

Jambatan Sejingkat projek mega ke-12 berjaya dibina Kerajaan GPS

KUCHING: Jambatan Sejingkat kini menjadi jambatan mega ke-12 berjaya dibina Kerajaan Sarawak pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sekali gus dibuka kepada lalu lintas hari ini. Majlis prapembukaan itu disempurnakan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Bercakap kepada media selepas itu, Douglas Uggah berkata jambatan berkenaan antara 21 jambatan mega dibina GPS di seluruh […]

Pendidikan awal asas bentuk generasi masa depan Sarawak

SIBU: Pendidikan awal kanak-kanak perlu diberi perhatian kerana menjadi asas penting dalam membentuk generasi berilmu, berdisiplin, bersahsiah dan mempunyai nilai murni. Ahli Parlimen P.207 Igan, Ahmad Johnie Zawawi berkata, apa yang dibentuk dalam diri anak-anak pada hari ini akan menentukan kualiti generasi yang bakal memimpin Sarawak pada masa hadapan. “Apa yang kita bentuk pada anak-anak […]

Sarawak Agrofest diminta tingkatkan hasil jualan tahun depan

BINTULU: Penganjur acara Sarawak Agrofest 2026 diminta memberi perhatian terhadap memperkasakan penganjuran ekspo itu tahun hadapan terutama dari segi hasil jualan. Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata ini dengan memperkukuhkan strategi promosi dan pengisian program ekspo terbabit kerana hasil jualannya merosot kepada RM3.6 juta tahun ini […]

Gerak jentera parti, DUN Bukit Saban diarah siap siaga hadapi PRN

SPAOH: Jentera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban diarahkan sentiasa bersiap siaga menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-13 (PRN-13). Timbalan Yang di-Pertua Parti PBB, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata persiapan perlu dilakukan lebih awal tanpa menunggu pengumuman tarikh pilihan raya. Beliau yang juga […]

Ijtimak Zon Sarawak himpunkan 6,000 jemaah

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menghadiri Majlis Penangguhan Ijtimak Zon Sarawak 2026 di Markaz Tabligh Kuching, Surau Darul Muttaqin, Jalan Depo Link, di sini hari ini. Ketibaan beliau disambut Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha, Mufti Sarawak Datu Khalidi Ibrahim serta Syura Jemaah Dakwah Malaysia […]

Sarawak cadang seragamkan acara rakit

PADAWAN: Acara berakit di Sarawak dicadang diseragamkan dan disusun sebagai satu litar perlumbaan bagi mengembangkan sukan berkenaan sehingga mampu menarik penyertaan antarabangsa. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato’ Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beberapa acara seumpamanya kini dianjurkan di lokasi berbeza termasuk Padawan, Serian dan Selangau, sekali gus mempunyai potensi untuk […]

Program komuniti eratkan silaturahim masyarakat kampung

KOTA SAMARAHAN: Program Semarak Perpaduan Komuniti Sejahtera anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Tanjung Bundong Tradisi membantu memperkukuhkan perpaduan, silaturahim dan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang, Dato’ Idris Buang berkata, penganjuran aktiviti itu membantu mengeratkan hubungan penduduk serta mewujudkan suasana […]