KANOWIT: Projek Jalan Menalun-Sungai Poi Fasa 3 sepanjang kira-kira 3.63 kilometer (KM) akan mula dilaksanakan di sini. Menteri Perpaduan Negara dan Ahli Parlimen Kanowit Dato Sri Aaron Ago Dagang berkata, projek berkenaan akan meneruskan jaringan jalan sedia ada. Katanya, jaringan terbabit dari kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Menalun dan Klinik Kesihatan Nanga Menalun sehingga ke […]
Pusat Pembungkusan Komersial bantu peniaga IKS tingkat kualiti produk
KUCHING: Pusat Pembungkusan Komersial CENTEXS memberi tumpuan membantu usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) meningkatkan kualiti, keselamatan serta kebolehpasaran produk melalui penyelesaian pembungkusan bersesuaian. Ketua Operasi FoodHub, Amirul Hadi Salim berkata, pusat berkenaan memberi pendedahan mengenai keselamatan makanan dan kepentingan pembungkusan bagi meluaskan pasaran produk. Menurutnya, meskipun kebanyakan produk IKS mempunyai potensi, aspek jangka hayat, […]
Para SUKMA: Atlet perlu manfaatkan tempoh akhir latihan – Fatimah
KUCHING: Semua persiapan atlet Para SUKMA Sarawak akan diselesaikan sepenuhnya sebelum kontinjen berangkat ke Selangor bagi menyertai temasya dijadual berlangsung mulai 5 hingga 10 September ini. Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah, persiapan setiap pasukan akan terus dipantau bagi mengenal pasti dan menyelesaikan sebarang perkara yang masih belum diuruskan. […]
60 pekebun sawit di Machan terima bantuan baja
KANOWIT: Seramai 60 pekebun kelapa sawit di kawasan Machan menerima bantuan menerusi Program Bantuan Baja Kelapa Sawit dan Lada (BBSKL) di Machan, semalam. Majlis penyerahan bantuan itu disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan, Allan Siden Gramong. Allan berkata, bantuan berkenaan diharap dapat dimanfaatkan bagi membantu meringankan beban pekebun, khususnya menghadapi peningkatan kos input pertanian. […]
Pesta Air Sibu Jaya berpotensi jadi produk pelancongan
SIBU: Pesta Air Sibu Jaya berpotensi dikembangkan sebagai tarikan pelancongan berasaskan komuniti di Sibu. Ia susulan peningkatan penyertaan dan sambutan masyarakat setiap tahun. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, perkembangan festival yang kini memasuki penganjuran kali ketujuh atau kelapan itu memberangsangkan. Beliau berkata, anggaran lebih 10,000 pengunjung […]
KRT Patingan anjur Semarak Merdeka
KUCHING: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Kampung (JKKK) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Patingan memeriahkan bulan kebangsaan dengan menganjurkan pelbagai pertandingan Semarak Merdeka sempena bulan Kemerdekaan di sini, hari ini. Program tahunan itu diadakan dengan kerjasama Masjid Darulhana Patingan (MDHP) Kampung Patingan, Kampung No.6 . Antara aktiviti menarik yang dipertandingkan ialah pertandingan deklamasi sajak kategori […]
Pelabuhan Bintulu buka lembaran baharu 1 September ini
BINTULU: Pengambilalihan Pelabuhan Bintulu oleh Kerajaan Sarawak berkuat kuasa 1 September ini membuka lembaran baharu dalam sejarah 47 tahun pelabuhan berkenaan. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata kejayaan itu menjadi bukti kerjasama erat dan persefahaman antara Kerajaan Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan dalam menyelesaikan proses peralihan yang panjang dan kompleks. Menurutnya, kejayaan merealisasikan […]
Pegawai Perhubungan Awam benteng komunikasi tangani krisis
KUCHING: Semua kementerian dan agensi kerajaan di Sarawak diingatkan supaya memperkasakan peranan Pegawai Perhubungan Awam (PRO) mereka dengan lebih mantap. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat dan UKAS), Datuk Abdulllah Saidol berkata, PRO juga berperanan sebagai barisan hadapan komunikasi kerajaan, khususnya dalam menangani krisis dan isu yang tular di media sosial. “PRO […]
Peningkatan bilangan warga emas perlukan sistem penjagaan tersusun
DALAT: Sarawak perlu memperkukuhkan tenaga penjaga warga emas berkemahiran sebagai persediaan menghadapi perubahan demografi apabila negeri ini dijangka menjadi negeri menua menjelang 2028. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, peningkatan jumlah warga emas memerlukan sistem penjagaan lebih tersusun dan tidak boleh lagi bergantung sepenuhnya kepada keluarga. Katanya, keperluan […]
STOLport Long Banga dan Ba’kelalan dinaik taraf, RM30 juta diperuntuk
KUCHING: Kerajaan Persekutuan meluluskan RM30 juta bagi menaik taraf lapangan terbang landasan pendek (STOLport) Long Banga dan Ba’kelalan di Sarawak. Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Hasbi Habibollah berkata, masing-masing RM15 juta diperuntukkan kepada kedua-dua STOLport berkenaan di bawah Dana Pembangunan Lapangan Terbang. “Kita meluluskan RM30 juta untuk Ba’kelalan dengan Long Banga. “RM15 juta untuk STOLport […]
