Year: 2026

680 sekolah Sarawak dikategorikan tidak selamat

KUCHING: Sebanyak 680 sekolah di Sarawak dikenal pasti berada dalam kategori tidak selamat diduduki. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, ia berada pada skala enam dan tujuh. “Keadaan ini, tegasnya, menunjukkan keperluan mendesak untuk menaik taraf infrastruktur pendidikan. “Daripada projek sekolah daif yang dilaksanakan melalui peruntukan pendahuluan […]

Inisiatif Alumni Prihatin UNIMAS bantu pelajar OKU

KOTA SAMARAHAN: Sumbangan alumni menerusi inisiatif Alumni Prihatin bagi penyediaan van khas Orang Kelainan Upaya (OKU) mencerminkan komitmen Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) terhadap pendidikan inklusif. Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato Dr Ahmad Hata Rasit berkata, kemudahan itu dapat membantu memudahkan pergerakan pelajar OKU ke kuliah dan lokasi aktiviti lapangan. “UNIMAS ialah universiti inklusif yang memberi […]

Graduan FTES bebas bekerja di luar negara

KUCHING: Graduan yang menerima manfaat pendidikan tinggi percuma Kerajaan Sarawak (FTES) tidak terikat berkhidmat di negeri ini selepas menamatkan pengajian. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak ( MEITD), Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, pendekatan itu bertujuan memberi peluang kepada graduan menimba pengalaman dan meningkatkan kepakaran mereka sebelum kembali menyumbang kepada pembangunan negeri. […]

Wanita Parti PBB Tanjong Datu sertai program taklimat hadapi PRN13

LUNDU: Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N3 Tanjong Datu menganjurkan taklimat menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-13 (PRN13) di Dewan Serbaguna Mahligai Gading di sini, semalam. Program Taklimat Rumah 10 terbabit disertai seramai 86 peserta terdiri daripada anggota Pergerakan Wanita Parti PBB cawangan serta dua wakil dari setiap 32 ranting wanita. Ini menjadi platform […]

Pembungkusan produk menarik mampu tembusi pasaran antarabangsa

SPAOH: Usahawan wanita di Bukit Saban disaran meningkatkan kualiti produk, memperkemaskan pembungkusan dan menguasai teknologi bagi membawa hasil tempatan menembusi pasaran antarabangsa. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, produk berkualiti perlu disokong persembahan menarik dan memenuhi kehendak pasaran semasa untuk kekal berdaya saing. Menurutnya, latihan bersesuaian, bimbingan berterusan dan penggunaan teknologi penting […]

Pemuda Parti PBB mahu wakil rakyat guna hak bersuara dengan bertanggungjawab

KUCHING: Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berpandangan keistimewaan sebagai wakil rakyat tidak boleh dijadikan lesen membuat tuduhan tanpa bukti kukuh serta mengelak dari dipertanggungjawabkan. Pemuda dalam kenyataan berkata, walaupun kritikan membina, perbahasan bermakna serta peranan pembangkang bertanggungjawab merupakan elemen penting dalam amalan demokrasi sihat. “Bagaimanapun, setiap tuduhan mestilah disokong dengan bukti yang sahih […]

Balingian miliki potensi sebagai destinasi pelancongan sukan

BALINGIAN: Keunikan persekitaran pekan yang menghijau, suasana kampung tradisional serta gabungan warisan dan pembangunan moden menjadikan Balingian berpotensi diketengahkan destinasi pelancongan sukan di Sarawak. Penghulu Harbi Bakir berkata, kehadiran peserta dari luar Balingian dan Mukah pada Program Balingian Jalan Santai 2026 membuktikan kawasan itu mempunyai tarikan yang boleh dikembangkan bagi menarik ramai pengunjung. Beliau yang […]

Kanser payudara kekal cabaran kesihatan utama wanita Sarawak

KUCHING: Sarawak merekodkan sebanyak 2,995 kes kanser baharu termasuk 476 kes kanser payudara pada 2025. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata ini menjadikan kanser payudara kekal sebagai antara cabaran kesihatan utama yang dihadapi wanita. Katanya, antara kebimbangan utama ialahkes yang hanya dikesan apabila penyakit berada pada peringkat lanjut. […]

Kampung Jenan nikmati limpahan pembangunan

TEBEDU: Kampung Jenan bakal menikmati limpahan pembangunan infrastruktur secara menyeluruh menerusi Program Transformasi Luar Bandar (RTP) serta Agensi Pembangunan Greater Kuching (GKCDA). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dr. Simon Sinang Bada berkata, ia hasil peruntukan bernilai RM6.78 juta. Katanya, pelaburan berskala besar ini komited meningkatkan kemudahan asas, melicinkan akses perhubungan, sekali gus melonjakkan kualiti […]

Sarawak bakal lahirkan pakar penyakit tropika menerusi pengajian PhD di London

GEDONG: Sarawak bakal memperluaskan kepakaran tempatan dalam penyelidikan penyakit tropika dengan menghantar seorang lagi anak negeri melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah (PhD) di London. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perancangan itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan negeri memperkukuhkan keupayaan penyelidikan penyakit berjangkit dan pembangunan ubat-ubatan melalui pembangunan kepakaran […]