Year: 2026

Timbalan Perdana Menteri selamat jalani pembedahan pintasan jantung

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Amar Fadillah Yusof selamat menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada 12 Ogos 2026. Menurut kenyataan media Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar sekeluarga sehubungan itu menzahirkan penghargaan kepada pasukan perubatan IJN atas komitmen, kepakaran dan layanan profesional […]

Bank Islam serah zakat RM692,000 kepada TBS

KUCHING: Bank Islam Malaysia Berhad menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM692,000 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) di sini, hari ini. Penyerahan zakat itu sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan institusi perbankan itu terhadap pembangunan ummah di Sarawak. Pengerusi Majlis Pengawasan Shariah Kumpulan Bank Islam Ir Dr Muhamad Fuad Abdullah menyerahkan […]

Sarawak, China perkukuhkan hubungan ekonomi melalui pelaburan strategik

SHANGHAI, CHINA: Pelabur China menyatakan komitmen pelaburan melebihi RM25 bilion di Sarawak merangkumi tenaga solar, industri berasaskan kayu, dron dan penyimpanan bateri. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, komitmen itu berdasarkan kedudukan Sarawak sebagai destinasi pelaburan utama serta hab tenaga hijau yang sedang berkembang di Asia Tenggara. Beliau yang juga Menteri […]

AFFIN-Kuching City FC sasar pentas ASEAN

KUCHING: Kerjasama strategik AFFIN Bank Berhad dan Kuching City FC menyasarkan penampilan pasukan itu di pentas bola sepak ASEAN. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerjasama berkenaan menjadi antara usaha membawa Kuching City FC ke tahap persaingan lebih tinggi. “Kita perlu mempunyai cita-cita untuk melangkah lebih jauh untuk mencapai kejayaan […]

Kuching City FC sasar jadi kuasa bola sepak serantau

KUCHING: Kuching City FC menyasarkan untuk menjadikan Kuching dan Sarawak sebagai kuasa besar pembangunan bola sepak di rantau ini. Presiden Kuching City FC merangkap Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak, Dato Fazzrudin Abdul Rahman berkata, kemaraan kelab itu ke pentas serantau menjadi pencapaian penting selepas melalui perjalanan panjang sejak 2012. “Kami mahu Kuching City FC dan […]

Kpg Pinang jadi destinasi pelancongan rekreasi baharu

KOTA SAMARAHAN: Kejayaan melahirkan beberapa usahawan pengangkutan sungai untuk memancing membolehkan Kampung Pinang di sini dibangunkan menjadi destinasi pelancongan rekreasi yang baharu. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, destinasi pelancongan rekreasi (memancing) itu akan mewujudkan aktiviti ekonomi sampingan seperti inap desa, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta kegiatan lain. “Kesemua ekosistem […]

Uggah teruskan XPDC 3.0, tinjau infrastruktur Nanga Maong

JULAU: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, meneruskan hari kedua XPDC 3.0 dengan meninjau infrastruktur serta keperluan perhubungan masyarakat di Nanga Maong, Nanga Ju, Ulu Ju, Entabai dan Rantau Bandau, semalam. Lawatan berkenaan memberi tumpuan kepada beberapa projek penting termasuk projek membina jalan di Nanga Maong, Klinik Nanga Maong, Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga […]

Sarawak perkukuhkan pelaburan bilateral, enam perjanjian ditandatangani

SHANGHAI, CHINA: Sarawak akan mengukuhkan pelaburan bilateral dan perkongsian perindustrian dengan syarikat di China menerusi menandatangani enam perjanjian meliputi sektor pembinaan, robotik, perlombongan dan sumber semula jadi. Majlis menandatangani perjanjian itu disaksikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan semasa delegasi pelaburan Sarawak mengadakan lawatan ke Shanghai, China semalam. Majlis menandatangani perjanjian […]

RM80 juta tangani 99 lokasi kerap kemalangan seluruh negara

KUCHING: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM80 juta bagi melaksanakan rawatan keselamatan jalan raya di 99 lokasi dikenal pasti sebagai kawasan kemalangan di Jalan Persekutuan seluruh negara tahun ini. Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi berkata, peruntukan itu turut melibatkan pemasangan lampu jalan baharu di 334 lokasi kemalangan atau kawasan berisiko akibat keadaan jalan yang […]

Kuching catat tangkapan tertinggi dadah

KUCHING: Sarawak merekodkan tangkapan seramai 9,554 orang dalam operasi penguatkuasaan membanteras dadah bagi tempoh Januari hingga Julai 2026. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata Daerah Kuching mencatatkan bilangan tertinggi dengan tangkapan seramai 2,541 orang. “Ini diikuti Bintulu (1,101 orang); Miri (1,068 orang); Daerah Sibu (948 orang); dan Samarahan […]