MATU: Seramai 215 murid menyertai program Perkhemahan Perdana Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) Peringkat Sarawak 2026, di sini, hari ini. Sepanjang program peserta terbabit aktiviti berpasukan seperti pertandingan Bantu Mula, Gajet Perkhemahan dan Tali Temali yang dirangka khusus bagi memupuk semangat kerjasama, berdikari serta meningkatkan motivasi dan keyakinan diri. Ahli […]
Naik taraf jalan raya beri manfaat pada penghuni rumah panjang
TINJAR (Baram): Projek naik taraf jalan dari Long Aya ke Long Sobeng akan memberi manfaat kepada lebih 2,714 penghuni di rumah panjang di sini. Rumah panjang tersebut ialah Long Aya, Long Sobeng, Long Dunin, Long Pejawai, Long Aton, Long Nuah dan Long Puah. Projek tersebut membabitkan kos RM133.4 juta. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas […]
149 individu terima Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak
KUCHING: Seramai 149 individu menerima Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak dalam istiadat pengurniaan yang berlangsung di Astana Negeri Sarawak. Istiadat berlangsung hari ini disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan turut dihadiri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi. Pengurniaan dimulakan dengan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Pegawai […]
CENTEXS Dalat tawarkan program latihan Mandarin
DALAT: Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) Dalat kini menawarkan program latihan bahasa Mandarin. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata ini kali pertama program latihan seumpamanya diperkenalkan di CENTEXS Dalat dengan ambilan pelatih April ini. “Setakat ini, seramai 13 peserta mendaftar, dan pendaftaran masih dibuka sehingga minggu hadapan,” katanya. Beliau […]
Hanifah bantu mangsa kebakaran Kampung Bunut
MUKAH: Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia yang juga Ahli Parlimen Mukah Dato Hajah Hanifah Hajar Taib menyantuni keluarga mangsa kebakaran di Kampung Bunut, Mukah, hari ini. Dalam pada itu, Hanifah menghulurkan sumbangan berjumlah RM15,000 secara keseluruhan kepada mangsa kebakaran. Hanifah menerusi kenyataan di Facebooknya hari ini memberitahu, sumbangan tersebut merangkumi wang tunai dan barangan keperluan asas. […]
Sarawak, Pahang bincang perluaskan kerjasama
KUANTAN: Rombongan Kerajaan Sarawak diketuai Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, di sini, hari ini. Kunjungan itu sempena penganjuran Showcase Usahawan Sarawak 2026 di Kuantan City Mall untuk promosikan produk usahawan Sarawak ke pasaran Semenanjung. Kedua-dua pihak membincangkan mengenai penerbangan […]
Penjawat awam perlu berani ketengahkan idea demi kualiti perkhidmatan
KUCHING: Penjawat awam disaran berani mengetengahkan idea baharu yang berpotensi membawa perubahan dalam penambahbaikan perkhidmatan kepada rakyat. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Rosey Yunus berkata inovasi tidak semestinya bermula dengan idea besar, sebaliknya tercetus daripada pemerhatian terhadap masalah harian serta maklum balas masyarakat. “Kadangkala idea yang dianggap kecil sebenarnya mampu […]
Pakar diperlukan lindungi data
KUCHING: Sarawak masih memerlukan lebih ramai tenaga pakar dalam melindungi data dan menggalakkan rakyat supaya bijak menggunakan teknologi terutama kecerdasan buatan (AI). Premier Sarawak, Datuk Patnggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, data yang perlu dilindungi ialah berkaitan dengan jagaan kesihatan dan kegiatan jenayah. Apabila Sarawak mula melancarkan ekonomi digital, ramai rakyat tidak memahami […]
19 KMKK DUN Tanjong Datu terima watikah pelantikan sambungan, baharu
LUNDU: Seramai 19 penerima menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan berkata watikah tersebut sebagai pelantikan sambungan dan baharu sebagai KMKK. “Seramai lima lagi menerima sijil penghargaan sebagai tanda terima kasih atas khidmat […]
TYT kurnia pingat, darjah kebesaran pada 148 penerima
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, hari ini menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Pingat dan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak kepada seramai 148 penerima. Istiadat tersebut berlangsung di Dewan Besar, Astana Negeri Sarawak. Majlis dimulakan dengan pengurniaan Pingat Pentadbiran Awam, Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C) kepada Residen Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh. […]
