Year: 2026

413,380 murid, pelajar sekolah Sarawak terima BAP

KUCHING: Sebanyak RM62 jutadiperuntukkan bagi melaksanakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kepada setiap murid dan pelajar sekolah di Sarawak. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Sabah Dan Sarawak) Datuk Ts. Mustapha Sakmud berkata, inisiatif ini memberimanfaat kepada 413,380 murid dan pelajar melibatkan 1,460 sekolah di Sarawak. “Belanjawan 2026 meluluskanperuntukan sebanyak RM794 juta kepada Kementerian Pendidikan […]

Perkhidmatan bas sekolah percuma akan diperluas, bantu ringankan beban ibu bapa

KUCHING: Kerajaan Sarawak kini memperkenalkan perkhidmatan bas sekolah percuma dalam usaha memberi keselesaan serta keselamatan kepada pelajar yang ulang alik dari rumah ke sekolah. Langkah tersebut juga bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak selain membantu meringankan beban tanggungan ibu bapa. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, projek perintis […]

Pelajar manfaatkan program gunting rambut percuma

SRI AMAN: Saberkas Cawangan Lingga dengan kerjasama Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.28 Lingga menganjurkan Program Gunting Rambut Percuma “Kembali Ke Sekolah” di sini, hari ini. Program tersebut berlangsung di Ruang Legar Sri Aman Culture Centre di sini, mendapat sambutan baik daripada ibu bapa serta pelajar yang memanfaatkan perkhidmatan gunting rambut percuma sebagai […]

Rubiah tinjau tiga PPS di Kota Samarahan

KOTA SAMARAHAN: Seramai 109 mangsa banjir ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di Kota Samarahan. PPS terbabit dibuka di Dewan Suarah Kota Samarahan yang menempatkan seramai 13 mangsa melibatkan tiga keluarga dari Kampung Plaie. Selain itu, di Dewan Lenggai Kampung Entingan yang menempatkan 52 mangsa dan Balairaya Kampung Nangka menempatkan 44 mangsa […]

Program kemahiran, keusahawanan perkasakan wanita Bukit Saban

SPAOH: Program kemahiran terus dipergiat bagi memperkasa golongan wanita di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban serta membuka peluang ekonomi kepada masyarakat luar bandar selaras agenda pembangunan inklusif negara. Program latihan anjuran Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Bukit Saban itu menekankan kemahiran praktikal berasaskan keusahawanan, termasuk pembungkusan makanan yang memenuhi piawaian pasaran. […]

Sarawak perlukan pendekatan pengurusan banjir tersusun

KUCHING: Sarawak memerlukan pendekatan pengurusan banjir yang lebih tersusun dan berkesan bagi menghadapi risiko bencana yang semakin kerap berlaku. Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, usaha ini bukan hanya tertumpu semasa musim Monsun Timur Laut, malah perlu dirancang sebagai langkah jangka panjang demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat di […]

Utamakan keselamatan diri, keluarga ketika cuaca tidak menentu

GEDONG: Orang ramai di kawasan Parlimen Batang Sadong termasuk Gedong dinasihat agar berwaspada sepanjang tempoh cuaca tidak menentu ini. “Sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan diri dan keluarga,” menurutAhli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee selepas menyantuni mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Gedong yang dibuka di Dewan Masyarakat Gedong, di sini, hari ini. Beliau bersama […]

Parti PBB Jepak cadang program gunting rambut percuma acara tahunan

BINTULU: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.69 Jepak bercadang menjadikan program gunting rambut percuma kepada anak sekolah sebagai acara tahunan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Iskandar Turkee berkata, program ini mendapat sokongan padu komuniti kerana bukan sahaja mengurangkan kos perbelanjaan keluarga, malah memastikan anak sekolah dalam keadaan kemas dan berkeyakinan apabila kembali ke sekolah. […]

Banjir: Sarawak pastikan kebajikan mangsa di PPS diutama

SIBURAN: Kerajaan Sarawak sentiasa memastikan pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh negeri dilaksanakan secara teratur dan berdisiplin dengan pematuhan penuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, aspek kebajikan mangsa bencana menjadi keutamaan, termasuk penyediaan makanan, kemudahan asas, rawatan kesihatan serta sokongan emosi kepada mereka […]

Tanah runtuh, jalan terputus di Serian, kerja baik pulih dilaksana

SERIAN: Sebanyak lapan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Bahagian Serian setakat ini. Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, PPS terbabit melibatkan Balai Raya Kampung Betong Kenawit, SK Tanah Merah, Kampung Sungai Turong dan Dewan Serbaguna Kampung Lintang Baru. Seterusnya di Dewan Taman Duranda […]