BETONG: Kerajaan Sarawak memperuntukkan sejumlah RM49.4 juta bagi melaksanakan enam projek pembangunan utama di kawasan Maludam di bawah Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA). Ia bertujuan memperkukuhkan infrastruktur dan kesejahteraan penduduk luar bandar. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, peruntukan itu melibatkan projek mitigasi banjir, sistem saliran, kemudahan komuniti serta penempatan […]
Wanita Sarawak terima manfaat program Wanita Dinamik, PERANTIS – Nancy
KUCHING: Seramai 21,274 wanita di seluruh negara berjaya menjana pendapatan dan berdikari menerusi Program Wanita Dinamik sejak diperkenal 2021. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata, di Sarawak sahaja hampir 8,000 wanita menerima manfaat program berkenaan, dengan setiap peserta diberikan geran RM500 bagi menyokong perusahaan kecil masing-masing. “Bagi Sarawak, hampir RM4 […]
Perkasakan peranan wanita, diberi peluang buat keputusan dalam Kerajaan Sarawak
KUCHING: Kerajaan Sarawak akan bekerjasama padu dengan Kerajaan Persekutuan untuk memastikan kebahagiaan dan kesejahteraan wanita di negeri ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, berdasarkan Indeks Kebahagiaan Rakyat tahun 2024, wanita di Sarawak merekodkan skor lebih bahagia berbanding lelaki, iaitu 7.54 berbanding 7.52. Katanya, wanita yang sejahtera dari segi fizikal, […]
Peruntukan RM30 juta laksanakan projek Tebingan Sungai Sematan
SEMATAN: Projek Tebingan Sungai Sematan akan diteruskan dengan kelulusan peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan berkata, peruntukan tambahan ini bagi menyambung laluan tebingan sungai sedia ada sehingga ke kawasan Normah Seafood Family di Tanah Hitam I. “Projek tersebut turut merangkumi pembinaan sebuah jeti baharu […]
Kerajaan Sarawak kaji penggunaan teknologi angkasa
KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang menilai secara strategik penggunaan teknologi angkasa, termasuk pelaksanaan sistem satelit kecil seperti CubeSat, yang dilihat berpotensi mengurangkan risiko kewangan kepada negeri. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, teknologi tersebut sesuai digunakan bagi pemantauan persekitaran dan tanah di seluruh Sarawak, termasuk sebagai salah satu kaedah pengurusan dan […]
Kenyataan Azalina tidak berasas, jangan ketepikan hak Sarawak – Pemuda Parti PBB
KUCHING: Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) hari ini menyelar kenyataan Menteri Undang-Undang, Datuk Seri Azalina Othman Said, berhubung status Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dalam mengawal selia sumber minyak dan gas di Sarawak. Kenyataan menteri tersebut disifatkan sebagai tidak berasas kerana hanya melihat kepada teks literal perjanjian tanpa mempertimbangkan konteks sejarah dan kerangka perlembagaan […]
Tunggu keputusan mahkamah mengenai minyak, gas Sarawak
KUCHING: Kerajaan Sarawak akan menunggu keputusan mahkamah mengenai hak negeri ini terhadap sumber minyak dan gas. “Tunggu mahkamah, tunggu mahkamah,” menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Beliau berkata demikian selepas merasmikan pembukaan Persidangan dan Pameran Aeroangkasa Asia Pasifik (APACE) 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini. […]
Isu PPKI Sarawak kritikal, KPM perlu beri perhatian segera – Ahmad Johnie
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi perhatian serius terhadap isu Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Sarawak yang kini berada pada tahap kritikal. Beliau berkata demikian semasa Perbahasan Titah Ucapan Diraja di Dewan Rakyat hari ini, dengan menekankan bahawa kebajikan guru PPKI, Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dan […]
12 agensi kerajaan bincang tangani masalah banjir di tiga kawasan
KUCHING: Sejumlah 12 agensi kerajaan mengadakan mesyuarat khusus bagi menangani masalah banjir sekitar Matu, Jemoreng dan Passin di Ibu Pejabat Jabatan Hutan Sarawak (JTS) di sini, semalam. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Dato’ Dr Juanda Jaya mempengerusikan mesyuarat tersebut yang turut disertai Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar, Jabatan Hutan Sarawak, […]
Peruntukan RM120 juta laksana projek rumah ibadat, sekolah mubaligh
KUCHING: Kerajaan Sarawak memperuntukkan sejumlah RM120 juta bagi Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) pada tahun ini, melibatkan pembinaan rumah ibadat serta penyaluran bantuan kepada sekolah-sekolah mubaligh di negeri ini. Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi UNIFOR, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM90 juta diperuntukkan bagi pembinaan rumah-rumah ibadat […]
