LAWAS: Peniaga di Bazar Ramadan disaran terus aktif menjalankan perniagaan kecil selepas Ramadan ini.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ini penting supaya perniagaan mereka terus berkembang dan meningkatkan pendapatan.
“Kita teruskan usaha ( perniagaan kecil) ini supaya berkembang bukan sahaja masa Bazar Ramadan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada perasmian Bazar Ramadan Daerah Lawas, di sini, petang tadi.
Sejumlah 240 gerai di Bazar Ramadan Daerah Lawas pada tahun ini yang turut menjual berbagai juadah berbuka puasa.
Hadir sama ialah Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong, Pengerusi Perkim Lawas Dato Dayang Morliah Datuk Awang Daud, Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Datuk Naroden Majais, Setiausaha Tetap Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED) Dzulkornain Masron, Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok merangkap Pengerusi Majlis Daerah Lawas dan Setiausaha Eksekutif PBB Sarawak Datuk Awang Bujang Awang Antek.
