658 mangsa banjir ditempatkan di PPS Dewan Suarah Bintulu

BINTULU: Segala keperluan asas akan disalurkan kepada mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Suarah Bintulu di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, beliau akan memastikan bantuan ini sentiasa disalurkan kepada mereka.

“Saya memastikan segala keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal dan perubatan akan sentiasa disalurkan kepada mereka yang terkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa meninjau keadaan mangsa di PPS Dewan Suarah Bintulu, di sini.

PPS Dewan Suarah Bintulu dibuka pada jam 9 malam tadi dan setakat jam 11.30 malam tadi, sejumlah 174 Ketua Isi Rumah (KIR) membabitkan 658 mangsa dari sekitar DUN Jepak dipindahkan ke PPS terbabit selepas kediaman mereka terjejas banjir.