BINTULU: Sebanyak empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sudah dibuka bagi memindah mangsa banjir di sini, setakat ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu (JPBBB) Datuk Nyurak Keti berkata, PPS terbabit termasuk di Stadium Muhibah dan Dewan Suarah Bintulu.
“PPS di Stadium Muhibah sudah penuh, jadi kami telah membuka PPS di Dewan Suarah Bintulu,” katanya ketika ditemui media malam tadi.
Nyurak Keti turut menjelaskan, sekiranya PPS Dewan Suarah Bintulu turut penuh, PPS tambahan akan dibuka di Paragon Bintulu.
Beliau sebagai Residen Bahagian Bintulu turut menggesa orang ramai agar mematuhi arahan pihak berkuasa dan sentiasa berhubung dengan bilik gerakan operasi bagi mendapatkan bantuan dan maklumat terkini.
“Bilik gerakan kita telah beroperasi sejak semalam dan sekarang berfungsi 24 jam,” katanya.
