86 pelajar UNIMAS lawat DUN

KUCHING: Seramai 86 pelajar tahun akhir Program Kerja Sosial, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UNIMAS mengadakan lawatan di Dewan Undangan Negeri, Petra Jaya, di sini hari ini.

Semasa lawatan itu pelajar berkenaan diiringi Pensyarah Kursus Analisis Polisi Sosial dan Perancangan, dan Penyelaras Program Kerja Sosial UNIMAS, Dr Athirah Azhar.

Menurutnya, lawatan itu bertujuan memenuhi salah satu aktiviti pembelajaran pelajar berkenaan, selain memberi pendedahan dan pengalaman mereka mengenai persidangan DUN.

Aktiviti pembelajaran ini adalah daripada kursus Analisis Polisi Sosial dan Perancangan kod kursus SSF3303. Selain itu, pensyarah kursus juga menyediakan kepelbagaian dalam pembelajaran setiap minggu supaya pembelajaran lebih menarik dan menimbulkan minat untuk pelajar belajar.