Tahap Penilaian DLP Tahun Enam mulai 2025

KUCHING: Sarawak akan melaksanakan Tahap Penilaian bagi pelajar Program Dwi Bahasa (DLP) Tahun Enam mulai 2025 dan Tngkatan Tiga, mulai 2028.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD), Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, matlamat utama Tahap Penilaian itu untuk menilai perkembangan pembelajaran sains dan mathematik dalam Bahasa Inggeris di bawah DLP.

Pelajar pertama di bawah DLP itu akan menuntut dalam Darjah Enam pada 2025, menjadikan masa paling sesuai untuk menilai kesan dan menambahbaik lagi program terbabit, katanya semasa menggulung perbahasan bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.

Beliau berkata, MEITD menzahirkan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kerana memberi kelulusan untuk Sarawak melaksanakan tahap penilaian itu.

Tahap Penilaian itu boleh dijadikan sebagai persediaan awal bagi membantu pelajar membina kemahiran dan keyakinan untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tegas beliau.

Cambridge University Press and Assessment, katanya, menyediakan kepakaran bagi memastikan standard pembelajaran negeri ini standing dengan penanda aras antarabangsa.

“Kolaborasi itu akan membolehkan Tahap Penilaian pertama DLP Sarawak untuk Tahun Enam dilaksana pada 2025 meliputi mata pelajaran sains, matematik dan Bahasa Inggeris,” katanya.

Untuk Darjah Enam pula, MEITD dengan kerjasama Cambridge University Press and Assessment, institusi pengajian tinggi milik Sarawak, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan sekolah swasta di Sarawak sedang membangunkan kaedah penilaian itu, katanya.