Sikong Lusek dipilih semula Ketua Cawangan N70 Samalaju

BINTULU: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N70 Samalaju memilih semula Sikong Lusek sebagai ketua cawangan itu bagi penggal 2024 hingga 2027.

Beliau menang tanpa bertanding pada Mesyuarat Perwakilan Cawangan itu di Hotel Li-Hua, di sini.

Turut dipilih ialah Assan Dana sebagai Timbalan Ketua Cawangan manakala Nazarni Salleh sebagai Naib Ketua Cawangan serta Dora Abdul Rahman dan Hamzaly, masing-masing sebagai Naib Ketua Cawangan Wanita dan Pemuda.

Selain itu, Drahman Jusli (Setiausaha Cawangan), Nicholas Siang (Bendahari) dan Assoddin Narawi (Ketua Penerangan).

Sikong dalam ucapan selepas pemilihan itu mengajak seluruh ahli parti Cawangan N70 Samalaju untuk terus menyokong kepimpinan kerajaan negeri pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Mesyuarat itu turut meluluskan usul untuk mengekalkan Premier Sarawak sebagai Yang di-Pertua Parti PBB tanpa bertanding, serta Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan sebagai timbalan.