Wanita Parti PBB Cawangan Bukit Saban didedah kursus pengendalian makanan

SPAOH: Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Bukit Saban menganjurkan Kursus Pengendalian Makanan di Dewan Masyarakat Spaoh di sini, hari ini.

Kursus dihadiri 56 peserta itu bertujuan memperkasa golongan wanita melalui pengetahuan keselamatan makanan serta membuka peluang keusahawanan dalam bidang berkaitan.

Program berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama Yahos School of Skills, merangkumi pendedahan teknik pengendalian makanan yang betul, amalan kebersihan dan penyediaan makanan selamat.

Ketua Pergerakan Wanita Parti PBB Cawangan Bukit Saban, Natasha Nasa Douglas berkata, kursus itu bertujuan membina keyakinan wanita, khususnya yang terlibat dalam penyediaan makanan di peringkat komuniti dan rumah.

Menurutnya, penguasaan aspek keselamatan makanan penting bagi mengelakkan risiko pencemaran selain meningkatkan daya saing produk makanan tempatan.