KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Singapura Ke Malaysia, Vanu Gapola Menon di kediamannya di sini, hari ini.
Kunjungan Vanu bagi memaklumkan mengenai perancangan untuk mewujudkan pejabat konsul Singapura di Sarawak.
Difahamkan, Pejabat Konsul Singapura masih lagi mencari lokasi strategik dan akan dilakukan prapembukaan pada waktu terdekat.
Dalam pada itu, Tun Pehin Sri dan Vano turut membincangkan bagaimana untuk meningkatkan industri pelancongan antara kedua-dua pihak yang mampu memberi manfaat secara dua hala.
Hadir sama, Pengarah Pejabat Wilayah Sarawak, Kementerian Luar Negeri Malaysia Dato Fenny Nuli.
