LAWAS: Pemergian Speaker Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal di Kuala Lumpur hari ini amat menyedihkan masyarakat Lun Bawang.
Ini termasuk Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong yang juga sahabat karib mendiang.
“Beliau (mendiang) adalah sahabat karib saya dan Ahli Parlimen kedua dari kaum Lun Bawang bagi kerusi Parlimen Bukit Mas yang kini dikenali Parlimen Lawas,” katanya.
Menurutnya, mendiang menjadi Ahli Parlimen bermula 1982 hingga tahun 1992 yang selama dua penggal.
Sehubungan itu, Henry yang berada di Kuching bersama Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan merasa sedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.
