SADA lulus 69 projek pembangunan

SIMANGGANG: Sebanyak 17 lagi rancangan projek pembangunan infrastruktur, pertanian, ekonomi dan sosial di bawah Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA) kini sudah diluluskan.

Pengerusi SADA, Dato Sri Rohani Abdul Karim berkata, projek itu membabitkan kos berjumlah RM166,177,540.

“Secara keseluruhan, SADA telah meluluskan 69 projek pembangunan merangkumi pembangunan infrastruktur, pertanian, ekonomi dan sosial berjumlah RM1.3 bilion setakat Jun 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemandu SADA bertempat di Wisma SADA, semalam.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor, ADUN Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang, Ahli Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodi, Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli, Residen Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh dan Timbalan Pengerusi SADA Datuk Amar Jaul Samion.